Sumpah

Disclaimer : Aku bukan orang alim. Jadi kalau ada yang salah, wahai pembaca yang baik hati… sila lah tegur.

Ok. Aku nak cakap pasal ‘sumpah laknat’ sebenarnya. Tapi aku kasik mukadimah dulu.

Kalau kita nak faham sesuatu… kita tak boleh pilih bahan yang kita suka atau menepati kehendak hati dan nafsu kita saja. Cari sumber2 yang boleh dipercayai/mungkin boleh dipercayai dan serap mana yang kita rasa ‘make sense’ atau boleh diterima akal. Dapatan kita mempengaruhi persepsi dan di mana kita berdiri.

Jangan takut untuk mengakui kesilapan persepsi dan pendirian. Kita ni manusia, perubahan adalah sebahagian dari perjalanan.

Antara tokoh agama Islam di Malaysia yang aku selalu cari2 pandangannya adalah Datuk Seri Harussani Zakaria, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, dan Ustaz Zaharuddin (to name a few). Ye semuanya senang dicari online… :D .

Aku menulis ni sebab aku amatlah hairan pasal insiden di masjid tempat Datuk Eskay bersumpah. Benda ni jadi isu hinggalah di kalangan kawan2 jugak. Jadi aku rasa terpanggil nak menulis.

Cuba selidik hal ini… banyak orang dah lupa (2008);

1. Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (Dr. MAZA) yang mula cadangkan ‘sumpah laknat’ antara DSAI & Saiful Bukhari pada tahun 2008. Cuba selidik kenapa dia syorkan.
2. Tuan Guru Nik Aziz sokong dan beliau menambah point ‘junjung al-Quran’. (Sumpah mubahalah tak perlu junjung al-Quran sebenarnya)
3. Bila Saiful dah sumpah, Hadi Awang kata ‘cara’ Saiful sumpah xde dalam ajaran Islam. Beliau dan Zulkifli Nordin kata angkat al-Quran sambil bersumpah macam cara orang Kristian sumpah pegang Bible.
4. Harussani kata, antaranya, yang dituduh serahlah bukti ke pengadilan. Kalau tak ada yang boleh dibuktikan barulah ambil pendekatan sumpah. Enggan mengulas lanjut sebab tak mau terlibat.

* Harap tegur kalau ada kesalahan fakta

Aku faham kalau orang nak pertikaikan ‘cerita’ yang Datuk Eskay bawa. Walaupun ada ‘video’nya, sama ada korang tengok atau tak… nak percaya atau tak cerita Datuk Eskay ni terpulang pada kita. Tak nak ambil tau pun ikut suka kitalah. Sama macam Datuk Eskay nak bersumpah cara macam mana pun, itu hak dia. Dia bukan mintak orang lain dilaknat… dia mintak diri sendiri dilaknat kalau dia bohong. DSAI tak mau buat sumpah laknat pun ikut suka dia la.

Jadi aku tak faham kenapa AMK sampai sanggup buat kecoh di masjid tu. Atas dasar apa? Memalukan umat Islam Malaysia adalah.

Aku bersetuju dengan pendapat bahawa Datuk Eskay juga bersalah sebab telah mengaibkan seseorang. Mengikut hukum Islam beliau mesti ada 4 orang saksi(yang menepati syarat) jika mahu menuduh orang melakukan zina. Kalau tak boleh sediakan 4 saksi itu, beliau boleh dikenakan 80 sebatan kalau ikut hudud. Tapi isunya di sini, negara kita tak amalkan undang2 Islam [sepenuhnya] dan beliau tidak menuduh dengan tangan kosong, ada bukti video. Benar atau tak bukti tu… ia tetap dianggap bahan bukti.

Kepada sesiapa yang kata bukti video tak valid… aku nak tanye korang, kalau ada video yang ada wanita mirip ‘First Lady’ kite tu kasik arahan untuk bunuh Altantuya kat tangan korang, ape korang nak buat? Kalau kita ada video wanita mirip sangat bakal isteri baru bapa kita berselingkuh dengan lelaki lain, ape kita nak buat? Tunjuk video tu terus atau tunggu nak tangkap dia dengan cukup 4 saksi? lagi beberapa hari nak langsung kawen ni? :D

Aku rasa Datuk Eskay ni macam segelintir kita jugak yang kurang arif bab agama. Entah2 dia tak terfikir pun akibat dedahkan video tu dari sudut Islam.

Melalui pembacaan, apa yang aku faham tentang sumpah laknat adalah ia bukan untuk menentukan siapa benar dan siapa yang salah. Cuba baca ni. Ada bahagian yang terangkan bagaimana timbulnya keperluan mubahalah. Kalau rajin boleh search lagi artikel2 berkaitan ‘mubahalah’ dan ‘sumpah laknat’ ni. Kalau ikut contoh2 kejadian di mana mubahalah ni di aplikasikan sepatutnya kedua2 pihak bertelagah perlu bersumpah. Jadi kalau DSAI benar2 rasa diri beliau difitnah dan dianiaya sepatutnya beliau sanggup bersumpah bersama supaya individu yang didakwa menfitnah mendapat balasan dengan segera. Kalau pihak berbalah dah bersumpah kita semua boleh diamlah, biar Allah SWT yang menentukan.

Kepada pihak yang dah tak percaya pada integriti polis dan perundangan Malaysia… janganlah sampai kita tak percaya kalau betul Datuk Eskay ni pembawa fitnah, Allah SWT akan hukum di dunia atau akhirat tak kira betul atau salah prosedur beliau bersumpah. Dan samalah kalau kita tuduh beliau dan kuncu2 trionya mereka-reka cerita dan berkonspirasi dengan UMNO untuk menjatuhkan individu lain sedangkan kita tak ada bukti jelas bermakna kita pun menfitnah. Ahaa… jeng jeng jenggg…. Sekurang2nya mereka ada bukti video yang sebahagian masyarakat percaya, sebahagian tidak. Kita ada bukti apa?

Ade yang pertikaikan kenapa Datuk Eskay je yang nak sumpah? Ahli trio yang lain kenapa taknak sumpah?

Lupe ye?… ke tak tau? Yang mengaku kata ada dalam bilik tu sekali kan Datuk Eskay sorang je. Mestila beliau sorang je yang boleh. Kalau yang lain pun bersumpah sekali macam tak kena kan?

Aku terpaksa cakap yang aku dah tgk video2 leak itu. Jangan benci aku dulu… aku tak menikmati, aku cume tgk mana yang perlu. Mungkin jugak disebabkan ini otak aku sedikit stuck untuk buat kerja… arghhh. Aku dah kate.. aku bukan orang alim… This constant curiosity really do me a ‘favor’… huhuh.




Datuk T press conference

Oh kenapakah aku mengikuti cerita ceriti kali ini? Adekah kerana terlalu ‘menarik’ atau sebab umur dah nak 29 lalu secara biologinya sedang bersedia untuk mahu mengundi? Apekah?

For me written words is the last resort to obtain information. Audio visual is a very good way to observe. We can ‘read’ their intonation, eyes, body language, and many other signals. Oh now I wish i can watch ‘The Video’… ahahahha.

Video2 kat bawah ni kalau ada masa tgk lah…

*************************************
Ini adelah Datuk Johari :D

*************************************
*************************************
Ini adelah… aa semua pun kenal.. :D (ini versi Malaysiakini, yang ni potong part tanye pasal jam)

*************************************
*************************************
Sesi yang sama dgn video di atas. Sila jgn terlepas pandang persoalan pada minit 2:20 :D .

*************************************
*************************************
Ni pulak 2 of the trios. Kalau ada kesemuanya kan bagus…
Hmm.. I would say they got the points. But hey… who am I.


*************************************

Saya suka dapatkan maklumat dari pelbagai sumber.
Pemerhatian buat masa ini:

1. Portal/web/blog yang pro Anwar sangat berusaha keras untuk menapis komen. Beberapa kali saya cuba untuk komen di themalaysianinsider.com tapi tak penah lepas rasanya. Padahal komen saya tidak memihak pada sapa2 dan lebih kepada mesej ‘love Malaysia’ dan toleransi antara kaum. Patutlah susah sgt nak tgk komen yang membina dalam tu. Komen tak menyebelahi artikel yg dilepaskan dari filter amatlah entah apa2 supaya boleh dijadikan bahan kutukan barangkali.
2. Saya akui bahasa web/blog pro kerajaan kebanyakannya bunyinya kasar.
3. Kenapakah DSAI dan keluarga suka merujuk yang masalah mereka adalah masalah PR dan rakyat Malaysia? Apekah?
4. Saya rasa DSAI terlalu mempergunakan Wan Azizah. Saye kesian tgk Wan Azizah.
5. Tak banyak pemimpin UMNO buat kenyataan lepas Datuk Trio muncul. Agak lain dari kes2 yang lepas. Adekah kerana mereka takut kebocoran atau sebab memang mereka tak tahu ape2? Dari sibuk pasal benda tak tau baik sibuk hal Sarawak kan… :D .
6. Saya kagum dengan keyakinan famili DSAI dan pemimpin PR mengatakan betapa keji dan hinanya BN/UMNO yang semuanya kaki fitnah dan macam2 lagi. Tapi apa bezanya mereka? Umum pun tau BN/UMNO memang ada dosa dan kejinya (saya pun ada sifat itu) dan memang BN/UMNO tak penah claim yang parti itu suci murni… kan?
7. ‘Dosa’ current gov yang kita semua tahu adalah mereka tak berjaya memuaskan hati setiap orang di Malaysia tercinta ni. Budaya rasuah dan mark up yg masih berleluasa, usaha gov utk lupuskan subsidi, beri gambaran yg Malaysia ni makmur walhal kebanyakan rakyat Malaysia tak setuju, bazir duit rakyat. (Bolehlah sesapa nak tambah lagi)
8. Tapi bab-bab permainan sandiwara politik ni kebanyakan kita tak tau kebenaran pun. Bergantung pada sumber yang kita ‘nak percaya’ saja. So jangan la taksub sangat ye…

** List pemerhatian mungkin akan ditambah… :D

Ok ok… sudah2 Fhatiah… pegi sambung buat keje… :p.

Datuk T the trio

Take my word as a food for thought. Hard to swallow but bring no harm to digest.

I believe most internet users now know who is Datuk T. Oww.. who are Datuk T. I thought I will not write about ‘the video’ again. But this is just too fun to be ignored. So Datuk Ts are Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, businessman Datuk Shazryl Eskay Abdullah and Perkasa treasurer Datuk Shuib Lazim.

Please google for “Datuk Shazryl Eskay Abdullah”. Macam pelanduk dua serupa… :D .

If the culprit that create this ‘fake scandal’ is UMNO… obviously they are so stupid to invest in something like this. This one is sure fail because TS Rahim Tamby Chik already got name in sex scandal, Datuk Shuib is in the troublesome PERKASA, and Datuk Shazryl looks just like DSAI. And the hell he actually mention that he is in the video!… even he did not say that he was the man who ehem ehem, ‘orang-orang tak bodoh tak boleh tipu’ are speculating… tick tock tick tock. A complete fail package.

Owhh.. not to forget some online news says that Datuk Shazryl once was DSAI close friends and funder. Now?
And oowwwhhh… he is the plaintiff of crooked bridge suit. This case also amplify Malaysian people hate towards gov and is clearly some party trying to link this to Tun M.

Many people will hate me if I say this. I would like to believe like most people did. I tried to believe that UMNO is behind all this. But I dont see why UMNO need this now. People already starts to doubt DSAI because of existing issues… like the DNA and former PKR colleagues voicing arguments. Creating this funny video scandal is like helping ‘DSAI and friends’ to get more attention and bring more hate to BN.

There is a chance that BN is so stupid… but the bigger chance is maybe the storyline is created to benefit DSAI side or any party that will benefits from Malaysian hatred towards current gov. Whoever the real culprit is.

For now.. what I really like to know is what or who actually initiate the trio to act together. Between this three… who bring the video.

It amaze me how easy people will blame UMNO on everything bad happen to DSAI and Malaysia’s opposition parties. If Malaysia’s politics is an equation, most people want to believe that culprit ‘x’ will always BN/UMNO no matter what variable we have to put in to make it ‘correct’. As for me life is always probability, including politic.

Sementara ingat… for those who actually vote, please.. next PRU no more joker ADUNs. Time2 ade isu sewel begini sila tgk juga berita channel perdana dan paper aliran perdana untuk mengenalpasti the jokers.. :) .