Goodbye Bubu
Mar 31, 2012 bebelanBiasa
Akhirnya berjaya memaksa diri tulis pasal ni. Aku kena tulis untuk nota rujukan next time kalau ada Guinea Pig yang lain tiba-tiba sakit.
8 Mac 2012 bawak Bubu pegi klinik yang dekat rumah. ADA POST PASAL NI. Beberapa kali jugak bawak pets2 yang lain ke sini. Peringatan penting untuk diri aku, kalau vets prescribe antibiotik untuk GP aku kena tanya betul2 pada vets apa nama antibiotik tu dan memang perlu bagi ke? Sebab GP tak boleh makan sebarang jenis penicillin dan apa jenis antibiotik pun sangat bahaya pada GP kalau dosnya salah.
9 Mac 2012. Mula hand feeding Bubu sebab rupanya dia memang tak makan sendiri. Buat slurry, pellet campur air. Guna syringe 10ml, potong bahagian depan bagi slurry senang masuk.
12 Mac 2012. Ada buat post pasal perkembangan Bubu. BOLEH BACA SINI.
16 Mac 2012. Bawa Bubu ke klinik yang sama. Berat Bubu kurang 100g berbanding minggu sebelumnya. Bagitau Dr kerisauan aku pasal gigi Bubu (incisor dan inner teeth). Dia pun mengaku silap sebab tak check gigi masa visit sebelum ni. Tapi klinik yang ni tak buat dentistry untuk GP. Jadi Dr suggest satu klinik lain di Sg Long. Dia cadangkan bawak terus lepas tu sebab berat Bubu dah kurang sangat. Tapi aku tak boleh pasal kena rush balik Teluk Intan. Bawa Bubu balik Teluk Intan.
19 Mac 2012. Bawa Bubu ke klinik di Sg Long. Bawa Lola sekali sebab mata dia sakit sampai tak nampak biji mata (sekarang dah elok). Memang puas hati dengan cara vet kat klinik tu rawat. Aku maklumkan jugak kerisauan pasal kemungkinan masalah gigi (incisor dan inner teeth). Tapi vet kat klinik ni cakap gigi Bubu ok. Diagnos awal, dia kata maybe Bubu ada masalah lung/pernafasan dan usus dia lemah dan kurang bakteria sebab makan antibiotik sebelum ni. Jadi kali ni dapat ubat untuk kuatkan usus dulu. Patutnya kena bawa lagi selepas 5 hari untuk tengok semula keadaan lung.
Bubu RIP pada 20 Mac 2012. Lebih kurang pukul 9.30 mlm tengok Bubu dah tak bersemangat. Bila kita biasa take care of pets yang sedang sakit, kita tau bila masa kita kena give up trying dan buat apa yang lebih patut. Jadi aku stop cuba bagi makan dan minum pada Bubu. Aku letak Bubu atas riba berlapikkan tuala. Biarkan dia tidur dan rehat sambil aku buat kerja. Lebih kurang 10.30 mlm Bubu mula kejang2 selang beberapa minit. Lebih kurang pukul 11.30 Bubu kejang lagi dan lepas tu jantung dia dah tak berdegup.
Out of curiosity, lepas Bubu dah tak bernyawa sementara badan dia masih fleksibel aku dan Bal cuba check gigi Bubu. Inner teeth. Rupanya memang betul inner teethnya dah badly crooked (malocclusion), sampai bertemu kiri kanan dan bersilang. Patutlah tak boleh nak kunyah makanan. Pipi dia pun nampak macam kembang sampai mata nampak macam masuk ke dalam… tapi mungkin juga sebab dia dah kurus sangat.
Esoknya aku sms vet di klinik Sg. Long untuk maklumkan pasal Bubu. Aku faham bila dia kata dia tak sangka Bubu ada masalah inner teeth tu sebab tak ada salivation yang teruk. Lagipun aku tak tentu lagi mampu nak tanggung kos untuk trimming. Cuma harapan aku untuk bakal2 vets… kadangkala instinct atau pendapat pet owner perlu diambil kira. Tapi niat aku sms Dr tu cuma nak pastikan dia tak tunggu aku untuk bawa Bubu revisit dan at least lepas ni dia tau GP malocclusion tak semestinya ada heavy salivation.
Hmmm… bye bye Bubu. Tanam dia kat seberang jalan depan rumah. Terima kasih dah bagi kegembiraan selama hampir 2 tahun. Kami adopt Bubu masa umur dia 8 bulan.
Few gamba Bubu about a week sebelum dia RIP. The kitties doing a very good job meneman their uncle Bubu.




Tags: crooked teeth, guinea pig
Bubu cepatlah sihat…
Mar 8, 2012 bebelanLuarBiasa, bergambar
Tadi baru bawak mamat ni ke klinik.

Oh sungguh kasihan si Bubu. Patutlah cage dia tak banyak poopies rupanya dia tak sihat. Awalnya tak perasan sebab dah lebih kurang seminggu tak angkat Bubu. Dia pulak suka kembangkan bulu jadi nampak macam gemuk je. Cumanya perasan makanan dia nampak banyak je macam tak dimakan.
Jadi tadi lepas bersihkan bekas makanan, test angkat Bubu. Erks… apsal ringan sangat ni. Belek badan dia… kurus boleh rasa tulang… huhuhuhu sedihnye. Kadang2 nafas dia bunyi macam orang selsema. Bawah badan dia pulak dah lembab2 macam tak groom badan… wuwuwu kesiannya si gemuk saya.
Lepas bersihkan badan dia, terus bawak masuk nak bagi makan sayur. Godek2 peti ais jumpa cherry tomato… bolehlah. Try bagi dia… Bubu gigit2 lepas tu macam tak minat nak makan. Hmm… tak boleh jadik. Terus bagitau Bal and ajak ayah pi hantar ke klinik.
Bawak Bubu senang, tak payah masukkan dalam carrier ke.. kotak ke. Sebab dia tak hyper macam Ketto and Tiko. Sampai klinik tak ada ‘pesakit’ lain jadi cepatlah sikit. Bagitau vet what happen, his condition before this and beritau dia jugak dalam beberapa minggu ni kawasan rumah kami kene fogging nyamuk beberapa kali.
Vet kata bubu tak demam, heartbeat pun normal… tapi badannya macam tak berapa ok. Bahagian bawah badan dia yang aku cakap lembab tadi pun kulitnya macam dah kembang so maybe dah ada infection fungus termasuk kat telinga. Jadi lepas tu bubu kena makan few jenis ubat dan kena sapu ubat jugak kat beberapa kawasan kulit dia. And confirmlah dibekalkan ubat untuk makan dan sapu di rumah. Sebab vet pun tak sure what exactly Bubu punya problem jadi next week kena bawak dia ke klinik lagi.
Umur dia baru lebih kurang 3 tahun, so no way dia sakit tua… huhuhu. Harap2 Bubu cepat ok. I just want him to be chubby like always… tsk… tsk…
Tags: bubu, cavy, guinea pig, guinea pig kurang selera makan, vet
Featuring Bubu :D
Nov 26, 2011 guinea pig
Iqbal yang shoot video ni. Aku edit belasahan saja, hehehe. Cuma potong sana potong sini dan masukkan muzik je. Bab nak kasik efek2 video aku memang tak berkemahiran, Iqbal rajin la… tapi dia tengah sibuk.
Harap video ni dapat menceriakan seminit dari masa anda pun jadilah. Enjoy!
Tags: bubu, cavy, crested guinea pig, guinea pig










