BERSIH 2.0
Jul 7, 2011 bebelanLuarBiasa
Asalnya aku tulis ni dalam post sebuah forum. Dah alang2 panjang beno… tepek sekali di sini. Bukan senang nak dapatkan masa untuk tulis panjang2
.
**********************
Saye menyokong tuntutan BERSIH. Tapi saye tak menyokong kaedah nak mendapatkannya terutama bab berarak/berdemo dan provokasi.
Individu yg menyokong demonstrasi BERSIH (aku pendekkan jadi penDEMO) kena faham, golongan yang membantah perarakan/demo BERSIH bukan bermaksud tak menyokong resolusi (betul ke istilah aku ni… huhu) BERSIH. Mostly tak bersetuju dengan cara nak mencapainya saja. Sebelum penDEMO sokong tindakan penganjur untuk berdemo, adakah mereka ni dah cari tahu dulu apa cara yang telah dibuat oleh penganjur sebelum mengajak rakyat Malaysia berdemo? contoh;
- jawatankuasa BERSIH dah pernah jumpa dan bincang SPR secara official kah?
- memandangkan ada ahli parlimen yang setuju dgn tuntutan BERSIH, mereka ni dah bawa usul ke parlimen kah?
- jawatankuasa BERSIH ni dah ade bukti2 dan statistik yang nyata dan kukuh untuk mengatakan SPR memang korup sangat2? kalau takat cakap2 je tak dapek.
Ok… utk point2 yang sebenarnya nak kate gov sekarang jahat dan mengelat. Dalam Islam, nak tegur pemimpin tak boleh secara terbuka sebab lebih banyak keburukan dari kebaikan yang akan timbul. Bila kita hendak menegur sesiapa pun, hendaklah untuk kebaikan orang/pihak tersebut… bukan untuk kebaikan diri kita. Kerana sesungguhnya untuk kebaikan kita, hanya kepada Allah kita minta.
Ambiga ni katanya pejuang hak asasi manusia. Dikatakan juga demonstrasi jalanan ni hak asasi manusia. Tapi dalam kita nak menegakkan hak asasi kita jgn sampai kita lupa hak asasi orang lain yang tak bersetuju dgn demonstrasi jalanan. Untuk orang yang bersungguh2 nak berdemo cuba fikir sejenak;
- sudahkah anda cari tahu tentang individu2 di belakang BERSIH?
- bila dah berkumpul ramai2, mampukah anda mengawal mata dan kata?
- bila anda diprovoke, mampukan anda bersabar.
- bila orang di sekeliling anda bertindak keterlaluan, mampukan anda menahannya.
- bolehkan anda menjamin, usai berdemo negara kita tetap aman? atau negara kita akan dipandang lebih negetif lalu menjadi tiket kepada negara asing untuk memanipulasi persepsi dunia pada negara kita?
- katalah abang aku pergi berdemo kemudian dia kena tangkap/cedera teruk… tentu kami saudara mara yang tak pegi berdemo akan jaga kebajikan dia dan anak isteri, ironi bukan?
- cuba kita tgk iklan Kenny Rogers, mcD, KFC, etc … Bukankah semuanya menonjolkan yang baik2 saja, model pun yang boik2 belaka. Yang tak ditonjolkan cuma keburukan bila kita makan secara berlebihan dan suka yg keterlaluan saja.
Jangan sekadar rujuk ustaz yang menyokong demo saja. Cari juga pendapat ustaz2 lain yang punya pendapat berbeza. Jangan cari jawapan ‘Ya’ atau ‘Tidak’ saja, tapi teliti juga hujahnya.
Ape yang aku tulis kat atas ni atas dasar aku orang beragama Islam mengingatkan diri sendiri dan sapa yang sudi baca. Sebab, aku tau aku yang tak sempurna ni… kalau sampai aku abaikan peringatan2 yg agama kita bagi maka selagi tu aku tak akan rasa nikmat dan hikmah Allah bagi aku hidup.
**********************
Dah dicadangkan tempat lain yang kurang beri gangguan, entah kenapa tak mahu pulak.
Kedegilan tak akan dapat diselesaikan dengan kedegilan. Positive + positive = positive. Positive + negative = positive or negative. Negative + negative = kompem negative.
kenapa positive + negative = positive or negative?
(4) + (-4) = 0 (neutral, masih berbaloi)
(-4) + (10) = 6 (baguslah kan)
(4) + (-10) = -6 (kire ok la, at least kenegatifan berkurangan)
Kalau anda tak faham ape relevan disebalik kira-kira yang simple ini dengan realiti kehidupan… kemungkinannya adalah sama ada anda adalah orang yang amat selalu bernasib baik atau anda adalah orang yang sentiasa bernasib malang.
Pembetulan : on 5 July 2011, pihak BERSIH setuju nak buat kat stadium. So far pilih kat Stadium Merdeka. IGP pulak suruh buat kat Stadium Melawati. Aduiii… bagi aje buat kat Stadium Merdeka boleh tak? dekat sikit dgn Istana. Kalau buat kat Stadium Melawati pun jem jugak.
Ape Nak Buat : Isu aurat wanita Islam
May 26, 2011 bebelanLuarBiasa
*****************************************
Hmm.. aku merasa sedikit aneh. Kalau dah namanya manusia tu, mmg pelik. Terus terang aku sedikit kerisauan nak tulis post kali ni. Padahal nak tulis perkara yang baik. Agaknya sebab aku rasa aku tak layak nak tulis pasal ni. Tapi baca sajalah ya. Cuma perlu ingat, ini hanya omelan manusia yang tak pernah sempurna serba serbi. Juga adalah manusia yang selalu memegang kompas agamanya. Selalu tersasar tapi sentiasa mahu kembali ke landasan yang sepatutnya.
*****************************************
Aku suka baca blog kat atas ni. Cubalah baca. Walaupun ayatnya sedikit kasar tapi maksudnya straight forward dengan ayat bersahaja dan siap ada cadangan sekali. Cuma penulis kurang bertoleransi dgn ‘berubah sedikir demi sedikit’. Memang yang wajib2 itu perlu disegerakan. Tapi bagi aku berubah secara mendadak juga bahaya. Ada terjadi bila berubah secara mendadak, tiba2 individu tersebut kembali kepada penampilan yang kurang elok. Bila penampilan berubah secara berperingkat diri kita akan lebih bersedia dan merasai nikmat menutup aurat. Bukan bermaksud tak boleh berubah secara mendadak tapi berubah secara berperingkat juga ada hikmahnya tersendiri. Pendapat aku saja.
Cuma bila nak berubah pada yang lebih baik tu janganlah berhenti selagi belum sempurna. Umur aku dah dekat 30 tahun ni pun aku rasa tak sempurna lagi cara aku menutup aurat. Jeans masih sedikit ketat, kadangkala masih bert-shirt lengan pendek, dan di kawasan rumah mmg tak berhijab lah… huhu. Tapi kalau nak banding dengan beberapa tahun lepas aku rasa kesedaran tu dah makin bertambah.
Sebagai perempuan yang sebahagian incomenye datang dari kerja mengambil gambar, memang cabaran jugaklah tengok perempuan2 lain cantik2 berfesyen tak kira menutup aurat atau tidak. Mujur juga En. Suami lebih suka aku berpakaian sederhana saja dan aku sendiri rasa tak selesa berpakaian terlalu fancy.
Sekarang ni dah senang nak cari t-shirt lengan panjang, t-shirt yang menutup punggung. Yang susahnye nak cari t-shirt lengan panjang yang menutup punggung. Lebih susah lagi nak cari t-shirt lengan panjang yang menutup punggung dan yang tak nampak skema. Wahahah… jangan marah akuuu… :p.
Aku suka pakai baju kurung (kawan2 sila jangan gelak) tapi untuk environment kerka aku tak sesuai berbaju kurung setiap masa. Mujur juga dalam dunia ni telah dicipta jaket, jaket cardigan, sweater yg tak terlalu tebal etc. Jadi bolehlah berkreatif dengan t-shirt (yg menutup punggung) dan jaket/sweater tersebut. Cumee… ade beberapa jeans masih sedikit ketat :p. Bukan pasal jeans kecik.. tapi kaki yang beso. Hal ini akan diusahakan secepat mungkin. Sama ada jangan pakai jeans2 itu atau kuruskan kaki dan badan. Aku pilih… kuruskan kaki dan badan..
. Senang nak cari pakaian.
Ada kawan tanya, apa kaitan kuruskan badan dengan hal2 aurat ni. Untuk aku ade kaitan. Kerja aku pergi sana-sini dan biasenye merempit. Kadang kena stayback di office sendiri atau office client. Kadang2 kene berkelana beberapa hari di negeri orang. Maka t-shirt n jeans lah yg mudah bagi aku. Untuk t-shirt perempuan saiz aku adalah L. Tapi wanita Islam mana boleh pakai yang muat2… yang longgar. Makanya aku kena cari yang saiz XL atau XXL yang mana amatlah rare item. Kalau ade yang lawa biasanya dah kene cilok dulu. Jadi… kalau aku dapat kembali ke saiz S seperti masa umur aku awal 20-an (berangan seehhh), banyak la sket pilihan aku… wahhahaha.
Bersama-samalah kita menuju ke arah yang lebih baik. Tapi kalau ade kawan2 yang tak sehala dengan kita jgn pulak merasa kita lebih bagus. Entah2 satu hari nanti auratnya akan dijaga lebih sempurna dari kita.
Tags: aurat, Islam, kompas agama
Isu perkataan Allah :: Banyak fikir sebelum tulis ni :)
Jan 9, 2010 bebelanLuarBiasa
Ni asalnya post reply aku di Pergh.com. Tapi di edit sikit untuk tujuan post di sini.
Ye aku takut jugak nak tulis pasal hal ni sebab aku pun bukan orang yang cukup pengetahuan. Tapi lebih elok juga kalau aku tulis supaya kalau ada pandangan aku yang tersasar bolehlah siapa2 yang sudi tolong perbetulkan. Maka taklah aku berterusan sesat.
Sebelum aku ada keberanian nak tulis ni, aku baca banyak artikel2 dan pendapat2 berkaitan isu ni. Dari semua sudut dan fahaman. Dari pandangan2 yang ahli dalam ajaran Islam, artikel2 Kristian, Yahudi, ahli politik, berita TV dan suratkhabar, blogger educated, forum2, dan tak ketinggalan blog2 golongan biasa mcm aku.
Mahkamah membuat keputusan membenarkan Gereja Roman Katolik menggunakan perkataan Allah untuk menggantikan God dalam Bahasa Melayu. Aku tak membantah… tak bermaksud aku menyokong jauh sekali mengalu-alukan.
Walaupun Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bukanlah personaliti kegemaran aku, tapi aku rasa pandangan beliau dalam isu ni dapat meresap ke dalam pemahaman aku.
Kita tak berhak menghalang penggunaan perkataan “Allah” di kalangan penganut agama apapun terutamanya penganut agama2 samawi. Tetapi kita berhak untuk mengekang atau berbuat sesuatu sekiranya mereka menggunakannya untuk tujuan mencaci(dan niat lain yang seangkatan dengannya) atau melariskan akidah agama mereka terhadap umat Islam.
Tetapi merosakkan atau memusnahkan tempat ibadat mereka tanpa kerelaan mereka tak termasuk langsung dalam list ‘berbuat sesuatu’ yang di usulkan oleh ajaran agama kita. Kita wajib menghormati agama lain.
Tentang bakar gereja tu, kita semua tak tahu kan dengan pasti siapa sebenarnya individu yang terbabit? Atau ada sesiapa yang baca ni memang dah tau? Selagi tak tertangkap si culprit yang pengecut curi2 bakar rumah ibadat orang, kita tak tau apa bangsanya, apa pegangan agamanya… apa tujuannya.
Aku tulis begini bukan apa, kita jgnlah cepat melatah.. buat rumusan ikut perasaan melulu. Entah siapa sebenarnya yang main bakar2… ada pulak antara kita umat Islam ni yang macam yakin benar saudara kita yang buat. Apa ni? Bertenang boleh?
Kalau sungguh the culprit itu orang Islam, mungkin dia sedikit senteng… otak di kepala lutut. Ikut suka dia aje bertindak hingga cemar kesucian agama. Tak fikir akibat pada saudara seagama.
But then again… kita masih tak tahu.
Update 22 Disember 2011
Antara pendapat yang boleh dihayati.
Tags: Allah, culprit, gereja, Islam, Kristian, pengecut, samawi











