Sleepy Kitty

Kitty surrendered

Lupe plak nama mamat nih. Banyak sangat kucing kat umah mak. Mak cakap main la jugak ngan mamat ni… sian dia takde orang peduli sebab ade sedara lain yang lebih comel :D . Muka mamat ni special sikit… kat pipi kiri dia ada corak macam jambang :D .

Harap gambar ni boleh buat sesiapa tersenyum =).




A tiny kitty no more

A tiny kitty no more

Suki’s latest picture. Masa ni dia nak mintak keledek goreng dalam pinggan yang jaraknya 2 jengkal dari beliau :D . Umur dah lebih kurang 2 tahun 10 bulan. Masih seekor kucing yang aneh, hidung masih jambu macam dulu. Tapi muka dah banyak scar dan wound mark. Berbanding dengan masa kecik memang banyaklah perubahan badan and muka dia. Konon dah ‘jantan’ so kene banyak gaduh2. Kat bawah ni gambar masa awal2 adopt dia. Hihihh…

Suki

Macam bukan kucing yang sama, ahahha. Tapi dah banyak scar camana pun kalau dah kucing sendiri, tetap comel dan hensem di mata aku :D . Comot camana pun, tetap fluffy dan wangi pada aku.. teeheee.




Ini la Lala… lalalalala

Yaa… inilah Lala yang sangat comel dihatiku. Selain suka buat aksi akrobatik bila nak perhatian… dia juga suka ‘ambush’ Suki :p. Sangat kuat makan… dan pandai buat muka kesian bila susu atau cat food dah habis dalam bowls.

Bila kita pegi dapur, Lala akan duduk dekat dengan tempat makan dia. Buat mata kaca-kaca kemudian pandang bowls dan pandang kita secara bergilir2. Ini trick yang sama berkesan dengan trick Suki memekak… minus the kebisingan, ahahaha.

Buat masa ni, life Lala adalah 3M1TBK. Makaaannn banyak2… Minummm banyak2… Mainnn banyak2… pastu Tido Berak Kencing. Sehari tah berapa kali dia korek pasir kat toilet. Masa belum belikan pasir, aku dengan Bal sampai bergaduh jugak la nak basuh najis dia.. hihi.