Pixiegraphy :: Garis Panduan

Sekarang Pixiegraphy sudah ada guideline bertulis… yeyy!

Oleh kerana kebanyakan job yang kami buat sekarang ni berkenaan PERKAHWINAN, maka kami buat guideline berkenaan perkahwinan dulu. Antara tujuannya adalah seperti berikut;

1. Memudahkan bakal pengantin membuat pilihan sebelum menghubungi kami. Kalau rasa guideline kami sesuai dengan kehendak mereka maka terus saja hubungi Pixiegraphy dan akan akan cuba memenuhi permintaan anda sebaik mungkin.

2. Team kami berusaha menjalankan perniagaan yang selari dengan syariat Islam. Maka penting bagi kami untuk isytihar guideline yang perlu kami ikuti.

3. Selain itu team kami juga berusaha untuk lebih memahami kepelbagaian agama, budaya dan bangsa terutamanya di Malaysia ini. Ia kami anggap sebagai salah satu tanggungjawab sosial untuk kebaikan kami dengan harapan kami dapat menyumbang kepada keharmonian masyarakat.

Kami juga sedia maklum tentang isu trend-trend masakini yang tak dianjurkan dalam Islam terutamanya berkenaan pre-wedding. Namun kami berpendapat fitrah anak muda zaman sekarang sukakan sesuatu yang mengikut trend terutamanya yang melibatkan hal-hal kreatif. Jika ada caranya, tidak perlulah menafikan terus kemahuan-kemahuan ini kerana ditakuti mereka akan terus berpaling dan menjauh dari yang benar. Oleh itu Pixiegraphy tetap menawarkan rakaman foto dan video pre-wedding/save the date dengan mengikut guideline yang telah kami sediakan.

Guideline Pixiegraphy berkenaan PERKAHWINAN mudah dan ringkas sahaja dengan isu utama berkenaan aurat. Silakan baca di Page Facebook Pixiegraphy.




Membakar kalori di Taman Botani

Ini adalah entry sambungan Chameleon.

Kami ke Taman Botani buat nemenin Hannan mau foto macro flora & fauna, sekalian aja kami foto-foto team Pixiegraphy. Ehhh eehhh… terpengaruh sinetron pulak :D .

Ok dah alang-alang ke Taman Botani kami pun snap gambar sesama sendiri. Sebab kalau masa aa job tak merasalah nak bergambar sakan… :D . Walaupun bunga kat Taman Botani Putrajaya ni rasanya tak semeriah bunga-bunga di Taman Seribu Bunga Melaka… tapi suasananya best juga. Kalaulah lepak kat situ dari pagi dengan buku cerita… fufufufuu… best golek-golek baca buku sambil kunyah kacang atau keropok.

Oh ya… marilah memeriahkan jumlah peng’Like’ di page FB Pixiegraphy. Ciput sangat totalnya.. heheh. Aaa… no paksaan ya =), cuma kalau ‘Like’ lebih mudah dapat update bila kami buat contest atau promotion. Untung-untung boleh dapat free photo shoot session macam Terence & Sue ni.

Okeh… ini gambar Iqbal dan Hannan. Gambar aku tak payah letak sinilah :D .

Iqbal

Iqbal

Iqbal

Iqbal

Hannan

Hannan




Pre-wedding Contest

“Kita ada pemenang! Ingat lagi contest untuk dapatkan sesi Pre-Wedding mengikut tema yang dimahukan bakal pengantin?

Tahniah Terence Yew Chin Tan, can’t wait to meet you soon!

Kepada yang tidak berjaya, sebagai tanda penghargaan atas penyertaan, anda akan dapat diskaun 10% (sekali sahaja) sekiranya anda mengambil Team Pixiegraphy sebagai jurugambar untuk apa2 majlis.

Nantikan contest-contest dari kami lagi!”


Kat atas tu status post dari Pixiegraphy@FB. Kisah Terence dan tunangannya memang sangat cuteee… :D . Tapi tak boleh la cerita lagi. Nanti aku tanya dia, kalau dia kasik share baru share di sini. Yang pastinya, foto2 akan kami share sebagai halwa mata. Tunggu dah setel nantilah.

Insyaallah Pixiegraphy akan come out lagi dengan contest lain. Sekarang masih difikir-fikir. Siapa2 yang ada idea silakan usul.