Survivalist
Aug 11, 2011 bebelanLuarBiasa, bergambar

Pinjam dari marxfood.com
Sabtu lepas pertama kali makan daging arnab hasil belaan sendiri. Kakak tanya, sanggup ke aku makan? Aku jawab ringkas saja, sanggup.
2 ekor arnab dikorban. Seekor aku punya, seekor bapak punya. Aku jadi tukang pegang kaki arnab masa sembelih. Oh ya… aku perasan satu perkara lawak. Gigi arnab aku lebih bersih berbanding gigi arnab bapak :p.
Biasanya bapak akan skin the rabbit kemudian aku tinggal potong2 saja. Tapi kali ni aku cakap dengan bapak, aku nak belajar melapah tapi tak mau arnab aku… nak arnab bapak. Belum berapa nak sanggup lapah arnab sendiri… huhu. Bapak kata ok. Dan aku pun berjaya melapah walaupun tak sepantas bapak, heheh.
Sejak kecil aku memang selalu jadi tukang pegang bila bapak nak sembelih ayam atau other small edible haiwan. Aku pun kurang pasti kenapa bapak selalu suruh aku antara anak2 perempuannya. Mungkin sebab yang lain awal2 dah tak sanggup. Aku pulak sentiasa willing. Salah satu sebabnya aku tak mau bapak pening kepala tiap kali nak menyembelih. Sebenarnya aku ni bukanlah hati kering sangat. Tapi aku kering2 kan juga jika aku rasa perlu.
Semua ada hikmahnya. Sedikit sebanyak pengalaman bantu bapak proses livestock sampai jadi hidangan mempengaruhi cara aku berfikir, membuat keputusan, dan bertindak.
Bapak tak halang kalau ada cucu-cucu yang masih kecil nak tengok proses menyembelih dan potong memotong. Biar mereka saksi sendiri cara yang betul dan beradap untuk mengurus sembelihan.
********************************************
Aku sentiasa percaya bahawa kita perlu ada survival skills.
Aku tak praktis survivalism yang sebenar-benarnya. Kerana sebagai seorang Islam aku beriman pada qada dan qadar. Cukup sekadar belajar survival skills untuk persedian keluarga dan diri sendiri mana tahu tiba-tiba civilization goes backward. Keadaan di mana dunia tidak lagi boleh memanjakan kita seperti sekarang, tiada pilihan melainkan untuk hidup seperti nenek moyang kita. Tiada petrol, tiada kereta, tiada elektrik, tiada television, tiada internet, tiada mobile phone, tiada Ipad, wang tidak lagi boleh membeli makanan yang siap dimasak (hatta membeli daging siap potong pun tiada), tiada klinik untuk merawat, tiada salon rambut, tiada kedai tukang jahit, tiada pili air di dalam rumah etc.
Bukan kerana hidup kita penuh dengan misery, tapi sebab hidup kita penuh dengan mystery. Kita mahu itu, kita rancang ini, tapi akhirnya semua yang terjadi kadangkala tidak seperti yang kita jangka. Sedangkan banyak lagi perkara di luar lingkungan fikiran kita, luar jangkauan kita, luar pengetahuan kita… semuanya tak mampu kita kawal dan sentiasa berlaku.
Namun percaya kepada ini.
Tidak kiralah jika semua sistem ciptaan manusia telah gagal dengan teruk, tidak kiralah bencana apa yang kita hadapi. Selagi tubuh kita masih elok berfungsi, kita ada harapan untuk hidup (dan berbuat baik).
Maka jangan cepat jadi manusia yang kecewa. Bila musibah menimpa, bersedihlah… tapi jangan terlalu lama. Bangkit dan teruskan kehidupan. Keterusan hidup akan lebih mudah jika kita sentiasa bersedia.
p/s : Riot, mencuri dan mencederakan orang lain bukanlah termasuk dalam usaha untuk bangkit dan survival. Itu kerja manusia yang kecewa dan oportunis yang bangsat.
Tags: arnab, rabbit, survivalism, survivalist
Perihal Arnab Mengawan
Jan 29, 2011 bebelanLuarBiasa
Aku SMS ayat dibawah pada kakak2 aku…
“Aku dh kawenkn rabbit2 aku. Lawak gile. Rase cam pervert lak sbb kene tgk masa drg mengawan, ahaha.”
Perbualan dgn kakak A.
Kakak A : Hai… Malulah dia klu aku nak tgk kucing pun malu.
Aku : Ahaha. Rabbit kene tgk gak sbb kene pastikan dh sudah ke blom, sbb pastu kene asing balik.
Kakak A : Siannya dia sekali je mengawan.
Aku : Ahaha. Aku kasik can la dia lepak2 jap laki bini. Nnti lg 2 bulan bleh mengawan lagi, hehe.
Perbualan dgn kakak B.
Kakak B : Eh mana blh tgk pet mgwn, nanti kalau kita nak b’salin sakit!
Aku : Ni bkn pet. Ni livestock. Aku tgh belajar jd penternak arnab
.
Kakak B : Mmg la, x kira asalkan bntg, ko bisnes ke?
Aku : Alamak ye ke. Tp sblm ni dh bnyk kali trnampak kucing, anjing, ayam sume. Bnyk trnampak lg sakit ke? Xde le bisnes lg. Ni skill prsiapan hr tua, hehe. Bapak siap dah cop nak sepasang klu menjadi.
Kakak B : Ooo, bgs2.
***************************************
Sebelum ni aku penah tanya Bapak macam mana nak kawenkan arnab? Bapak cakap… masukkan je arnab jantan dan betina yang dah matang dalam satu sangkar, nanti dia kawen lah.
Aku tanya lagi, camne nak tau derang dah kawen? Bapak cakap… dah campurkan nanti dia kawen lah. Aku cam blur… dalam hati dok kate, asal letak sekali je kawen… rakus sgt ke rabbit ni, haha.
Lelon(jantan), Neno(betina), dan Chinci(betina) dah berumur 6-7 bulan. Dah boleh kawenkan. Jadi aku pun kawenkanlah Lelon + Neno pada hari Isnin dan Lelon + Chinci pada hari Rabu lepas. Aku memang sangat curious jadi aku pun perhatikan je derang during the process. Lagipun takut derang bergaduh terutamanya Chinci sebab dia garang.
Memang… aa… aa… ahahahahhaha. Bal tak dapat tgk sebab dia kat office. So bila Bal tanye aku plak, camne tau derang dah berjaya kawen? Aahahahha… baru aku tau kenapa bapak pun susah nak terangkan, hihihi. Nak terangkan rase cam pervert je tapi kelakar sbb kene buat gaya sekali. Aduihh.. hehe. And satu hal… I’m proud of my Lelon… aduhh… ahahha. Yang pastinya, aku harap Chinci dan Neno akan jadi ibu arnab yang berjaya… chaiyok bebehs!
Sedikit info bagi sesiapa yang ada hajat nak kawenkan arnab;
1. Usia yang sesuai untuk kawenkan arnab jenis medium size adalah selepas 6 bulan.
2. Betina dimasukkan ke sangkar jantan, bukan sebaliknya.
3. Seeloknya dilakukan pada awal pagi dan sebelah petang.
4. Tempoh bunting adalah 30-31 hari. Sebaiknya buat catatan tarikh supaya kita tidak lupa.
Jadi… apa plan lepas nih?
Ok kami harus menyiapkan sangkar DIY dengan secepatnye dan sentiasa berdoa supaya semua berjalan dgn sempurna. Ye saye memang sangat eksaited dgn rabbit2 ni. Saye jeles tengok Bapak yang geli dengan anak rabbit tapi breeding projeknye sangat menjadi. Dan saye tak sabar nak menghadiahkan sepasang rabbit baka pedaging pada Bapak…
.
Tags: arnab, breed rabbit, rabbit
My Tiny Backyard Project (TBP)
Nov 24, 2010 bergambar

Projek siap ade nama pulak… :p. Saje je… macam best pulak… haha. Kami nak bela rabbit dan tanam sayur dalam pasu. Kawasannya kecik aje. Tapi bila dah pasang awning… kemas2… boleh tahanlah. Cage rabbit tu pun nanti kami nak sediakan rak… biar tinggi sikit senang nak uruskan. Buat masa ni plan nak tanam kacang botol bia menjalar kat pagar.. sejuk sikit…
. Harap2 boleh hidup dan berbuah
. Nak cuba tanam sayur dalam pasu jugak. Oh ya… semalam dah ada tanam benih bunga matahari, tapi kat depan rumah. Harap2 tumbuh dan berbunga lebat. Sungguh penuh harapan
.
Bila mak tau saye nak bele arnab dia dah risau takut mak mertua saya tak suka. Saye cakap kat Mak… saya dah mintak izin mertua…
. Ya ampun ibu mertuaku… menantu mu ini ade aje projeknye. Dia tak boleh dok diam.. sebab kalau dok diam maknanya dia tidur.. :p.
OK… asalnya taknak kasik nama pada arnab2 tu, tapi… tapiiii…. tapi saye suke bagi nama. Ada tiga makhluk yang saya harap akan bersama2 saye untuk jangkamasa yang lama. Sungguh tempting untuk diberi nama. Lagipun yang akan jadi hidangan nanti anak2 derang, bukan derang…
.
Sikit gambar belakang rumah.
Ini Chinci, baka Chinchilla, bakal induk



Ini Neno, baka New Zealand White, bakal induk



Ini Lelon, baka New Zealand White, bakal pejantan



Ini pulak Mak Guard tak berbayar… Si Hitam yang kami panggil Beyonce

Ok… sebab rabbit2 ni bukan pets, maka saye tak akan memanjakan mereka. Tapi… pastilah saya akan menggemukkan anak2 mereka nanti
. Doakan saya berjaya!
Tags: arnab, backyard, bunga matahari, kacang botol, kucing, rabbit










