Aku Internet Video Streaming Addict rupenye

Yeeeyyyyyy!!!!! Streamyx sudah kembali dirumah!

Perbualan telefon dibawah tidaklah exactly tapi confirm tak lari dari cerita sebenar :D .

*************************************

Iqbal : Pakai laptoplah. Try direct connection lepas tu pegi page setting guna browser. Cari kabel kelabu kat laci.
Ee :  Ok…
.
..

Ee : Hello… xde pun kabel kelabu. Pakai biru ni pun bolehkan?
Iqbal : Boleh, tapi adekan kabel kelabu tu kat laci.
Ee : Dah tengok… kalau ade takdela cari yang biru nii…
Iqbal : Ok… boleh aje.
.
..

Ee : Hello… saye tak nak la pakai kabel biru ni.
Iqbal : La… kenapa pulak.
Ee : Sebab intenet dah ade.
Iqbal : Ciss… cakap nak serious, ahaha.
Ee : Suke hati saye la… ahahaha.
Iqbal : Suke la dah ade balik streamyx?
Ee : Yeyyy!!! video streaming yeyyeaahhh!!!!
Iqbal : Tu la keje dia.

*************************************

Bile streamyx tak ada baru la sedar diri yang aku ni memang video/audio streaming addict. Sebab sepanjang land line and intenet streamyx tak ade, aku pakai celcom broadband. Biasanya pakai celcom broadband ni kat tempat2 yang takde wireless atau wireless kat satu2 tempat tu slow sgt je. Tapi kali ni dekat 2 minggu gaklah xde streamyz kat rumah so sepanjang tu lah pakai celcom.

Sebab dah terbiasa pakai unlimited bandwith, selamber je la guna celcom untuk video streaming memanjang. Jangan terkejut, kat kawasan rumah kami celcom broadband pun amat laju..! Patutla abang aku (dia pun pakai celcom broadband)cam tak heran nak pasang streamyx kat rumah dia, rupenye memang laju beb. Tapi tak sedasyat Unify la… hehe. Dia memang guna untuk email dan info browsing/searching aje, so 5GB bandwith monthly memang dah cukup sangat. Aku pulak bantai tengok videolah.. upload kejelah.. ambik kau kejap je dah setel 5GB.. ahaha.

Lepas exceed limit xdelah takboleh guna terus, boleh aje cuma celcom hadkan kelajuan jadi max 128kbps. Asalnya max boleh sampai 3.6 Mbps, everage kelajuan biasanya dapat antara 1-2 Mbps je. Tapi dek kerana tak sabo nak tengok latest episod GREEK dan jugak Vampire Diaries sanggup beli extra 5GB bandwith… :p. Belum habis pakai extra yang dibeli Streamyx sudah kembali pulak. Tak apelah… dekat dua minggu xde Streamyx at least dah tau sikit selok belok penggunaan Celcom Broadband.

Kenape aku suke tengok video/audio streaming kat intenet?
Sebab intenet dah laju dan alang2 dah bayar broadband mahal2 kan… haha. Kalau tengok cerita kat TV kene menonton dengan serious dan berdedikasi, kalau tak nanti tertinggal scene. Kalau kat PC, sambil buat keje boleh dengar je… bile dengar part best boleh view browser dan ulang balik scene yang terlepas tu. Jadi boleh buat kerja sambil menikmati video yang kita suka.. :D . Tak kiralah kat Youtube ke… Cucirca ke… Channel 131 ke… hehhe.




Sangat Comel…!!!

Amaran… Kecomelan melampau! Kalau tak suke tengok perkara-perkara comel sila jangan tonton video-video di bawah, nanti sakit jiwa.

Lepas tengok 2 video ni berturut2… aku gelak sampai menangis… ahaha. Aku pun taktau kenape aku gelak sampai mengalir air mata. Agaknye sebab masa aku tengok ni jam dah pukul 1 pagi lebih … haha.

Kenapekah sangat comel… hihi. Budak kecik Korea memang kiut2 ke? Hihu. Lepas tengok ni kalau nak marah orang pun boleh terkensel kejap.

Sapa-sapa dah ada anak tu boleh la stylekan anak2 korang jadik kiut miut macam derang ye. Jangan kiut sangat sampai ade orang nak kidnap sudah. Ape daa aku mengarut nih… :D

Enjoy yeh!

.
.




Merayau di Youtube

Ok tadi ni teman Bal buat keje kat opis. Ingatkan kejap… so layan youtube kat PC Farid(pinjam ye en Farid.. :D ). Skali lama daa… aku plak dah malas nak bukak laptop. So lame la plak layan youtube.. kihkeh.

Ni coretan sambil2. Kalau korang tgh banyak masa nak buang… korang leh try search mereka2 ni kat youtube. Pastu evaluate la sendiri… pandangan korang macam ape yang aku tulis tak… :D . Semua yang aku dengar/tengok ni suara sedap lah.. kalau tak takdenye aku nak buang masa tgk. Ni semua Asia belaka.

Indonesian band/solo
Perlu tengok video klip untuk tahu kumpulan mana satu yang nyanyi. Oh aku keliru. Tapi saya boleh cam suara Broery Marantika.. :D .

Indonesia girl/women solo
Melly… yes. Kris Dayanti… yes. Rossa… yes. Mulan… yes. Yang lain, oh aku keliru.

Wonder Girl
Hmmm… Nobody… multiple version.

Korean Girl band (overall)
Cute, sexy. Must shake small booty. Ada apa dengan saiz badan?

Korean boy band (overall)
Pretty skinny boys, mesti pandai menari kot. Oh ye… search for Taeyang… yang ni cam cukup pakej… :D , cari lagu tajuk ‘Wedding Dress’ :p.

Japan girl band/solo
Muka dan gaya mesti cute. Suara mesti dari hidung yaaa…. :p. Oh sorry, saya tetap minat makcik Meiko Kaji.

Japan boy band/solo
Hairstyle, misteri… hairstyle

Malaysian band/solo
Sebab aku orang Malaysia so aku mudah la nak beza tuan punya suara. Atau memang penyanyi Malaysia ada perbezaan yang ketara antara satu sama lain. Aaa… kecuali nasyid dan kumpulan atau solo yang ada rap/hip hop. Nasyid, Raihan dan Rabbani boleh kenal.. yang lain tak… :D . Rap dan hip hop… hmmm agak challenging.

Oh ya… jangan terlalu ambil berat apa aku tulis. Sekadar mengisi masa senggang.